Rabu, 31 Disember 2008

GURU AKTIF BERPOLITIK - Kenapa dibiarkan ?

Semakin ramai kalangan guru terlibat di dalam politik khasnya menjawat jawatan di peringkat Bahagian dan cawangan UMNO. Ramai para ibu bapa bimbang sekiranya perkara ini berterusan kerana guru yang menyandang jawatan tersebut terlalu sibuk mengejar projek atau apa saja yang menguntungkan mereka kerana mereka yang menang rata-ratanya terpaksa menggunakan duit yang banyak dan sudah tentulah mereka akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan kembali pelaburan mereka di samping perlu persedian untuk mempertahankan kedudukan mereka pada pemilihan yang akan datang. Mereka juga terpaksa menjaga penyokong mereka dan sekiranya mereka hanya mengharapkan gaji mereka maka sudah tentulah tidak mencukupi. Akhirnya tugsa utama mereka sebagai pendidik akan terabai kerana bukan sahaja sibuk mengintai peluang malahan terlalu sibuk dengan pelbagai program dan majlis. kenduri kahwin, pertlawanan bolasepak, pertandingan karoake, menghadiri pengkebumian ahli UMNO, majlis rasmi, jemputan kawan-kawan minum dan sembang-sembang dan lain-lainnya perlu dihadiri. Tugas sebagai guru bukannya mudah. Siang malam menjadi perhatian masyarakat. Guru adalah public figure jadi di mana maruah guru bila mereka terlibat dalam gejala rasuah (politik wang yang menjadi syarat wajib menjadi pemimpin dalam UMNO kini). Jadi kenapa dibiarkan perkara ini berterusan. Bukankah secara jelas peraturan melarang guru terlibat aktif di dalam politik.